Produktiviti berdasarkan orientasi input Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai-Riau-Indonesia

Arif Murti Rozamuri, and Nur Riza Mohd Suradi, (2016) Produktiviti berdasarkan orientasi input Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai-Riau-Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (2). pp. 141-147. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/878

Abstract

Pendidikan adalah salah satu cara yang paling penting dan efektif dalam membangunkan watak dan keperibadian anak bangsa. Jenis dan sekolah yang dipilih juga memberikan kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap pendidikan. Oleh itu, sering didapati bahawa dalam penerimaan pelajar baharu setiap ibu bapa menginginkan anaknya mendapatkan sekolah yang terbaik. Penilaian sekolah yang terbaik banyak dilakukan berdasarkan persepsi yang terbentuk dalam masyarakat daripada satu kaedah efektif pemasaran iaitu daripada mulut ke mulut. Melalui hal tersebut, sebuah kajian ilmiah perlu dilakukan untuk melihat produktiviti Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai sebagai panduan dan informasi bagi ibu bapa dan masyarakat untuk menentukan sekolah yang sesuai bagi anak-anak mereka. Dalam hal ini, data kajian diambil daripada Dinas Pendidikan Kota Dumai bagi tahun pengajian 2012/2013. Perkara yang akan dikaji ialah produktiviti sekolah berdasarkan orientasi input iaitu jumlah guru, jumlah siswa dan jumlah ruang belajar.

Item Type:Article
Keywords:Produktiviti; Sekolah menengah atas; Orientasi input; Ibu bapa
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10650
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2017 01:05
Last Modified:11 Sep 2017 02:07

Repository Staff Only: item control page