Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran

Rohaida Mazlan, and Zamri Mahamod, (2016) Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (2). pp. 173-182. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/878

Abstract

Kajian pengajaran atau Lesson Study merupakan salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen, peranan pentadbir dan opsyen guru bahasa Melayu dengan kesediaan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan kajian pengajaran. Borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian telah diedarkan kepada 253 orang guru bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Data kajian dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor kekangan masa, beban tugas, sikap dan komitmen bukan faktor penghalang untuk guru menggunakan pendekatan kajian pengajaran semasa mengajar. Sebaliknya, faktor peranan pentadbir dan opsyen perguruan banyak mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat untuk melaksanakan kajian pengajaran. Rumusannya, kajian pengajaran boleh menjejaskan tumpuan guru Bahasa Melayu dalam pengajarannya jika faktor peranan pentadbir sekolah dan opsyen guru tidak diambil perhatian dalam menjayakan kajian pengajaran..

Item Type:Article
Keywords:Kajian pengajaran; Kesediaan guru; Guru Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:10654
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Sep 2017 01:16
Last Modified:11 Sep 2017 02:14

Repository Staff Only: item control page