Penceritaan Digital dalam pemerolehan leksikal bahasa Jepun

Norhana Md. Salleh, and Kamila Ghazali, and Mariyati Haji Mohd Nor, (2017) Penceritaan Digital dalam pemerolehan leksikal bahasa Jepun. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (1). pp. 55-75. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji proses pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui Penceritaan Digital (Digital Storytelling). Penceritaan Digital merupakan kaedah mencipta dan menyampaikan cerita dengan menggunakan peralatan teknologi. Matlamat kajian ialah untuk mengenal pasti strategi pemerolehan leksikal yang digunakan ketika pembikinan Penceritaan Digital dan menganalisis proses pemerolehan leksikal ketika pembikinan Penceritaan Digital. Seramai sembilan orang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun sebagai subjek elektif dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dan pendekatan ‘Social Constructivist’ serta mengambil kira proses pembikinan Penceritaan Digital Teehan (2006). Data berbentuk kualitatif dikumpul melalui pemerhatian dan rakaman sepanjang pembikinan Penceritaan Digital. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek paling kerap memilih strategi bertanya rakan, diikuti strategi penggunaan internet dan seterusnya strategi bertanya guru bagi memperolehi leksikal bahasa Jepun ketika proses pembikinan Penceritaan Digital.Selain itu, penemuan baru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran melalui Penceritaan Digital membolehkan pendekatan TPCK dapat dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan bahasa Jepun terutamanya leksikal.

Item Type:Article
Keywords:Penceritaan Digital; Pemerolehan leksikal bahasa Jepun; Social Construktivist; Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK)
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10658
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2017 03:05
Last Modified:11 Sep 2017 02:37

Repository Staff Only: item control page