Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis

Roshidah Hassan, (2017) Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (1). pp. 125-146. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
368kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Perancis dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian dijalankan di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INA LCO), Paris. Subjek kajian terdiri daripada 19 pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Indonesia/Malaysia, Jabatan Asia Tenggara dan Asia Pasifik (Centre du Asie du Sud-est et Pacifique), INALCO. Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menghuraikan apakah gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik Wang (2015) dan dianalisis menggunakan statistik mudah yang melihat kekerapan dan peratusan gaya dan strategi yang digunakan oleh pelajar. Analisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran BM dibuat mengikut 4 kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur mengikut kerangka Christison (2003). Strategi pembelajaran pula dianalisis berdasarkan kerangka teoretikal Oxford (1990) yang membahagikan strategi kepada 6 kategori utama iaitu strategi ingatan, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif dan sosial. Soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik merangkumi semua kategori strategi pembelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Perancis gemar mengamalkan gaya pembelajaran bersifat visual, global, field-dependent dan reflektif serta cenderung menggunakan strategi ingatan, metakognitif, afektif dan sosial dalam pembelajaran bahasa mereka.

Item Type:Article
Keywords:Gaya pembelajaran; Strategi pembelajaran; Pemerolehan bahasa; Bahasa Melayu; Perancis
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10662
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2017 06:42
Last Modified:11 Sep 2017 02:24

Repository Staff Only: item control page