Junaini Kasdan, and Harshita Aini Haroon, and Nor Suhaila Che Pa, and Zuhairah Idrus, (2017) Gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu: analisis sosioterminologi. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (1). pp. 183-202. ISSN 1675-8021
|
PDF
375kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897
Abstract
Istilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada masa lalu dibentuk secara spontan, namun pasti ada kaedah tersendiri yang membantu bijak pandai dahulu mencipta istilah. Bahkan, beberapa hasil penelitian membuktikan bahawa masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Tradisi tersebut tidak hanya terhenti dalam kalangan masyarakat Melayu lama, tetapi juga berkesinambungan sehingga kini. Misalnya, melalui kaedah pembentukan nama-nama fauna seperti sesibur (sibur-sibur), pepatung (patung-patung), lelais (lais-lais) atau sesumpah (sumpah-sumpah); dan flora seperti deduit (duit-duit), bebaru (baru-baru), bebuas (buasbuas) atau bebati (beti-beti) yang muncul sejak zaman dahulu, kini istilah seperti cecair, rerambut, tetikus, bebuli dan tetingkap digunakan dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk kejuruteraan dan sains dan teknologi. Persamaan struktur tersebut bukan sekadar berdasarkan peniruan semata-mata, sebaliknya ada rumus yang pastinya dapat dijelaskan. Artikel ini bertujuan memaparkan aspek dan pola gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu, di samping menjelaskan keterkaitan antara ilmu dan penciptaan istilah. Kupasan konsep istilah yang dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi, yang menggabungkan data, analogi, falsafah dan kognisi penutur Melayu, bukan sahaja dapat menyingkap kebijaksanaan Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu. Analisis yang dilakukan terhadap 1,087 istilah gandaan separa yang ditemukan dalam korpus istilah Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) mendapati bahawa walaupun pembentukan istilah gandaan separa mengekalkan ragam kemelayuan istilah yang dibentuk, namun pembentukannya bukanlah dilakukan secara sembrono, sebaliknya mempunyai pola dan sistem yang teratur.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Terminologi; Sosioterminologi; Akal budi Melayu; Gandaan separa; Istilah |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 10665 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Sep 2017 06:52 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 02:34 |
Repository Staff Only: item control page