Penggunaan strategi komunikasi dalam rutin perundingan makna

Rozita Che Omar, and Jagdish Kaur, (2017) Penggunaan strategi komunikasi dalam rutin perundingan makna. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (1). pp. 203-222. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897

Abstract

Sifat kerjasama dalam komunikasi antara pelajar dan penutur natif dilihat dapat membantu meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Kecekapan komunikatif merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada interaksi dan komunikasi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menganalisis data yang diperolehi daripada interaksi pelajar bersama penutur natif bahasa Sepanyol. Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan strategi komunikasi (SK) dalam rutin perundingan makna oleh pelajar bahasa Sepanyol dalam komunikasi mediasi komputer secara sinkronis semasa perbualan bersama penutur natif berlangsung. Sebanyak 12 jenis SK yang dikaji dalam kajian ini. Seramai 60 orang pelajar elektif bahasa Sepanyol dari tiga buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia dipilih sebagai responden kajian. Responden terdiri daripada pelajar Tahap I, Tahap II dan Tahap III. Data utama kajian ialah teks perbualan pelajar bersama penutur natif dalam laman sembang atas talian. Perbualan ini merupakan perbualan bebas yang berlangsung selama dua jam bagi setiap sesi. Jumlah keseluruhan masa perbualan adalah selama 120 jam. Tujuan penggunaan SK adalah untuk meningkatkan kefasihan dan kelangsungan perbualan tanpa terlalu menitikberatkan ketepatan dalam konteks bahasa sasaran. Model Zhao (2010) dan Model Smith (2003) dijadikan panduan untuk melihat kepada fasa rutin perundingan makna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tanpa mengira tahap kecekapan bahasa menggunakan SK tertentu dalam setiap fasa rutin perundingan makna. Penggunaan SK yang sesuai dalam rutin perundingan membantu pelajar untuk menjayakan komunikasi. Implikasi kajian ini menunjukkan para pelajar dapat meningkatkan kecekapan komunikatif mereka dalam bahasa asing yang dipelajari.

Item Type:Article
Keywords:Strategi komunikasi; Perundingan makna; Kecekapan komunikatif; Kerjasama komunikasi; Komunikasi mediasi komputer secara sinkronis
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:10666
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2017 06:55
Last Modified:11 Sep 2017 02:32

Repository Staff Only: item control page