Akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Sofiah Mohamed, and Kamarul Azmi Jasmi, and Muhammad Azhar Zailaini, (2016) Akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. AKADEMIKA, 86 (2). pp. 31-42. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/850

Abstract

Artikel ini berdasarkan kajian kes kualitatif yang bertujuan untuk meneroka dan memerihalkan cara guru Pendidikan Islam melaksanakan akhlak mulia berdasarkan teori al-Ghazali dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen dengan tiga orang peserta kajian terdiri dari guru Pendidikan Islam tingkatan empat daripada tiga buah sekolah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Antara kriteria pemilihan yang digunakan ialah mempunyai ijazah sarjana muda serta diploma perguruan dari universiti tempatan atau institut pendidikan yang setaraf. Dapatan kajian mendapati bahawa guru Pendidikan Islam sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti kasih sayang, ikhlas, nasihat, berhikmah dalam usaha menegur kesilapan, pengajaran bertahap dan beramal dengan ilmu. Namun begitu cara penyampaian dan tingkah laku guru mengikut kaedah mereka yang tersendiri. Hasil kajian telah menghasilkan ‘Qudwah Hasanah Akhlak guru’ yang diharapkan menjadi panduan kepada semua guru di Malaysia khususnya dan di dunia Islam umumnya.

Item Type:Article
Keywords:Akhlak guru; Pengajaran dan pembelajaran; Pendidikan Islam; al-Ghazali
Journal:AKADEMIKA
ID Code:10738
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Oct 2017 08:10
Last Modified:07 Oct 2017 19:33

Repository Staff Only: item control page