Transitiviti dalam bahasa Mendriq

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Khairul Faiz Alimi, (2016) Transitiviti dalam bahasa Mendriq. AKADEMIKA, 86 (2). pp. 87-98. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
573kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/850

Abstract

Malaysia kaya dengan 19 bahasa Moribun yang dituturkan oleh kaum minoriti di Malaysia yang dikenali sebagai Orang Asli. Salah satu daripada bahasa Moribun yang diambang kepupusan ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa ini dituturkan oleh 245 orang di sekitar tiga buah kampung, iaitu di kampung Kuala Lah, kampung Baru dan kampung Kuala Stail.Kertas kerja ini akan menganalisis frasa kerja transitif dan tak transitif dalam bahasa Mendriq. Data primari bahasa Mendriq diperoleh melalui kajian lapangan yang telah dibiayai oleh dana penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047. Data yang dikutip untuk kajian ini melibatkan metodologi lapangan yang menggunakan teknik temu bual. Kerencaman data yang dikutip melalui kerja lapangan telah dibersihkan dan diasingkan dengan bantuan seorang penutur natif Mendriq yang bertindak sebagai penterjemah. Analisis ke atas frasa kerja melibatkan analisis deskriptif dan analisis teoritikal. Analisis deskriptif ke atas ayat mudah mendapati bahawa bahasa Mendriq mempunyai dua jenis frasa kerja, iaitu frasa kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif menandakan dua argumen, iaitu argumen dalam dan argumen luaran. Kata kerja tak transitif pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja tak akusatif dan kata kerja tak ergatif. Kata kerja tak transitif yang menandakan argumen luaran dikenali sebagai kata kerja tak ergatif, manakala kata kerja tak transitif yang hanya menandakan argumen dalaman dikenali sebagai kata kerja tak akusatif. Manakala analisis teoritikal menggunakan kerangka Minimalist menunjukkan bahawa pemyemakan fitur berlaku di sebelah kiri struktur sintaksis ayat mudah bahasa Mendriq.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Mendriq; Program Minimalis; Kerjaan; Transitif; Intransitif
Journal:AKADEMIKA
ID Code:10743
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Oct 2017 08:24
Last Modified:07 Oct 2017 20:06

Repository Staff Only: item control page