Adibah Sulaiman, and Ezad Azraai Jamsari, and Nurliyana Mohd Talib, (2016) Konsep ilmu menurut perspektif Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 93-102. ISSN 0216-5636
|
PDF
338kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896
Abstract
Pembangunan tamadun manusia berkait rapat dengan tahap dan penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki masyarakatnya. Hal ini kerana ilmu adalah alat penting kepada individu yang membentuk sebuah institusi keluarga dan sebuah masyarakat yang berperanan sebagai pembina sesebuah tamadun. Artikel ini mengkaji perspektif Syed Sheikh Ahmad al-Hadi tentang ilmu pengetahuan yang merangkumi konsep, sifat, sumber dan hierarki ilmu. Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep ilmu menurut perspektif Syed Sheikh al-Hadi selaku seorang reformis yang vokal dan penulis yang prolifik pada zamannya. Selain itu, tujuan lain kajian ini adalah untuk menganalisis kaitan antara asas pemikirannya tentang ilmu dan sikap orang Melayu terhadap ilmu pengetahuan. Ia turut mengamati kesan sikap orang Melayu ke atas kedudukan sosial mereka. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kajian arkib dan analisis dokumen yang melibatkan pengumpulan data dan penganalisisan data diaplikasi untuk meneliti dan mengamati idea dan pandangan Syed Sheikh al-Hadi tentang ilmu pengetahuan. Dapatan kajian ini menunjukkan ilmu pengetahuan yang seimbang, iaitu yang mengintegrasi antara ilmu agama (ilmu naqli) dan ilmu moden (ilmu ‘aqli) akan memperlihatkan kepada mereka yang berakal satu konsep ilmu yang jelas. Kegagalan seseorang untuk mengakui kepentingan dan kaitan antara elemen ilmu, akal dan agama akan membawa kepada penyelewengan dalam tingkah laku dan amalan, serta kegagalan memahami peranannya yang sebenar terhadap agama, bangsa dan negara. Kajian ini mempunyai nilai signifikan dalam mendepani cabaran abad ke-21 kerana integrasi ilmu naqli dan ilmu ‘aqli adalah masih relevan dalam mendepani arus kemajuan hari ini yang berteraskan sains dan teknologi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ilmu; Pendidikan; Akal; Tamadun Melayu |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 10755 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Oct 2017 03:25 |
Last Modified: | 09 Oct 2017 09:33 |
Repository Staff Only: item control page