Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai sumber pembentukan Perlembagaan Johor 1895

Hanif Md Lateh, and Izziah Suryani Mat Resad, and Ahmad Faathin Mohd Fadzil, (2016) Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai sumber pembentukan Perlembagaan Johor 1895. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 103-109. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896

Abstract

Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19M. Sarjana berpandangan Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalui pemilihan Kanun I Esasi untuk dinilai dari segi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teks. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan komparatif. Data kajian diperoleh daripada simpanan Arkib Negara Malaysia dan koleksi terbitan The American Journal of International Law. Kajian ini mendapati tiada jalinan khusus yang wujud antara Kanun I Esasi dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Oleh yang demikian, ketiadaan jalinan ini diperkukuhkan dengan pemerian berkenaan asas hubungan di antara Johor dan ‘Uthmaniyyah.

Item Type:Article
Keywords:Perlembagaan ‘Uthmaniyyah; Perlembagaan Johor; Sejarah Johor-‘Uthmaniyyah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10756
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Oct 2017 03:31
Last Modified:09 Oct 2017 09:34

Repository Staff Only: item control page