Unsur-unsur persefahaman antara agama dalam kurikulum Pendidikan Islam dan Moral

Kamarudin Salleh, and Yang Marya Abd Khahar, (2016) Unsur-unsur persefahaman antara agama dalam kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 111-120. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896

Abstract

Persefahaman antara agama ialah persefahaman nilai, amalan atau tindakan sesuatu penganut agama yang berlandaskan agama dengan penganut agama lain, sama ada dalam hubungan dengan Tuhan, manusia atau alam dalam segenap kehidupan. Persefahaman antara agama diketengahkan sebagai mencari titik persamaan dalam nilai-nilai kebaikan, di samping menghormati perbezaan antara agama. Kajian ini bertujuan untuk meneliti unsurunsur persefahaman antara agama yang diterapkan dalam Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjadi panduan buat para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kajian analisis kandungan dan kajian dokumen yang melibatkan pengumpulan data dan penganalisisan data diaplikasi untuk meneliti dan mengamati penerapan unsur persefahaman antara agama tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan pendidikan Islam dan moral amat menekankan: aspek toleransi beragama, kasih sayang, berperikemanusiaan dan kesederhanaan; aspek kemuliaan dan kehormatan manusia; dan aspek amalan pendekatan persefahaman ke arah mewujudkan persefahaman antara agama. Persefahaman ini dapat dijayakan menerusi amalan atau pendekatan sama ada dialog, pendidikan, kajian agama-agama, seminar dan persidangan agama, peranan media massa dan elektronik dan peranan semua pihak, sama ada pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO). Persefahaman antara penganut agama wajar dilaksanakan bagi mencapai perpaduan, keharmonian dan keamanan, terutama di negara masyarakat majumuk seperti Malaysia. Kajian ini turut mendapati pendidikan Islam dan moral merupakan mata pelajaran KPM yang berjaya menerapkan aspek-aspek persefahaman antara penganut agama, terutama dalam diri para pelajar itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Persefahaman antara agama; Perpaduan nasional; Pendidikan Islam; Pendidikan moral
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10757
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Oct 2017 03:34
Last Modified:09 Oct 2017 09:39

Repository Staff Only: item control page