Maryam Md Rofiee, and Md. Nor Abdullah, (2016) Penggunaan shahid hadith oleh al-Suyuti dalam Kitab Ham‘ al-Hawami‘ fi Sharh Jam‘ al-Jawami‘. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 131-139. ISSN 0216-5636
|
PDF
387kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896
Abstract
Hadith merupakan antara sumber yang digunakan dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai shahid. Antara tokoh tatabahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan tatabahasa Arab ialah al-Suyuti. Namun, terdapat pandangan yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di antara menerima dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan shahid hadith oleh al-Suyuti dalam karya beliau yang membahaskan tentang kaedah tatabahasa Arab, iaitu Ham‘ al-Hawami‘ fi Sharh Jam‘ al-Jawami‘ dan hanya memfokuskan pada bab al-‘Umad sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kandungan terhadap karya Ham‘ al-Hawami‘ tersebut. Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti telah menggunakan hadith sebagai shahid pengkaedahan tatabahasa Arab dalam bab tersebut. Namun, hanya terdapat 27 sahaja penggunaan shahid hadith dalam bab tersebut berbanding shahid al-Qur’an dan puisi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hadith; Kaedah tatabahasa Arab; Tokoh tatabahasa Arab; al-Suyuti |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 10759 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Oct 2017 04:31 |
Last Modified: | 09 Oct 2017 09:36 |
Repository Staff Only: item control page