Pencerakinan kajian istilah dan terjemahan BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan Inggeris

Noor Syafiqah Ahamadi Palah, and Zamri Arifin, (2016) Pencerakinan kajian istilah dan terjemahan BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan Inggeris. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 141-148. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
350kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896

Abstract

Artikel ini membincangkan aspek kajian istilah dan terjemahan yang dilakukan pada BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan juga Inggeris sebagai medan pembelajaran bagi pelajar bidang pengkhususan bahasa dan kesusasteraan Arab masa kini. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti ketepatan penggunaan istilah dari BERNAMA Arab ke bahasa Melayu dan Inggeris, di samping menterjemahkan teks BERNAMA Arab dalam semua aspek ke bahasa Melayu dan Inggeris. Artikel ini juga bertujuan untuk memaparkan padanan istilah dari BERNAMA Arab ke istilah bahasa Melayu dan Inggeris. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasi analisis kandungan seperti rujukan bahan ilmiah utama berdasarkan buku, kamus dan jurnal, di samping bahan utama daripada internet melalui tapak web BERNAMA.com dan tapak web lain yang berkaitan dengannya. Dapatan kajian menunjukkan padanan istilah dipadankan mengikut kesesuaian makna dan secara langsung turut memaparkan istilah yang dapat membantu khalayak pembaca memahami istilah yang sering diguna pakai. Selain itu, hasil kajian menunjukkan terdapat perkataan yang mempunyai istilah yang sama dan makna yang sama, gaya bahasa yang membawa maksud yang berlainan serta kata nama khas. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif dan menyumbang kepada pemugaran pembelajaran bahasa Arab secara maya dengan lebih efektif.

Item Type:Article
Keywords:Kajian istilah; Terjemahan Arab-Melayu-Inggeris; Pembelajaran bahasa berasaskan web
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10760
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Oct 2017 04:34
Last Modified:09 Oct 2017 09:35

Repository Staff Only: item control page