Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi

Nor Syamimi Mohd, and Haziyah Husin, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2016) Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 149-154. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896

Abstract

Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke- 19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an. Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘ilmi. Kepelbagaian definisi ini memberi implikasi positif dan negatif terhadap penerimaan dan pemahaman maksudnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis istilah yang diguna pakai dalam tafsir ‘ilmi dan menilai semula definisi tafsir ‘ilmi yang dikemukakan oleh para sarjana. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis dokumen terhadap kamus, kitab ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir wa Ittijahatuhu, ensiklopedia dan karya sarjana tertentu yang membincangkan istilahnya dari aspek bahasa dan istilah. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan definisi tafsir ‘ilmi ialah tafsir yang menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur’an tertentu berpandukan penemuan sains moden yang sahih dan tetap berteraskan konsep sains tauhidik. Ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsir bukan sahaja merangkumi ayat kawniyyat, malah termasuk juga ayat yang berkaitan pensyariatan hukum dan kesihatan. Selain itu, kajian mencadangkan terjemahan istilah tafsir ‘ilmi yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu ialah tafsir sains tauhidik. Pemahaman terhadap istilah tafsir ‘ilmi amat penting bagi memastikan tafsiran yang dilakukan tepat dan tidak bertentangan dengan makna sebenar yang dikehendaki oleh ayat serta fungsi al-Qur’an sebagai kitab hidayah terus terpelihara..

Item Type:Article
Keywords:Pendefinisian semula; Penterjemahan; Tafsir ‘ilmi; Ayat kawniyyat; Sains tauhidik
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10761
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Oct 2017 04:38
Last Modified:09 Oct 2017 09:40

Repository Staff Only: item control page