Reaksi dunia dan peranan PBB dalam menangani keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya

Siti Khalijah Abdul Rahman, and Mohd Nasran Mohamad, (2016) Reaksi dunia dan peranan PBB dalam menangani keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 38 (2). pp. 165-173. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896

Abstract

Artikel ini membicarakan isu keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya oleh pelampau Buddha, yang merupakan siri keganasan berterusan sejak 1982. Keganasan etnik telah lama wujud seiring dengan perkembangan zaman. Keganasan etnik merupakan tindakan keganasan terhadap sesuatu etnik oleh etnik lain atau negara, sama ada melalui kaedah pembunuhan beramai-ramai, penghapusan etnik, pengusiran atau penyeksaan. Insiden keganasan terhadap etnik Muslim di Arakan merupakan rentetan siri keganasan hampir tiga abad yang lalu lagi. Mereka telah mengalami pencabulan hak asasi manusia yang amat teruk oleh pelampau Buddha tanpa mendapat pembelaan dari mana-mana pihak. Saban hari ribuan orang tidak berdosa dibunuh, dibakar, dirogol dan dihalau dari kediaman mereka oleh pelampau Buddha dan juga pihak berkuasa Myanmar. Lebih malang lagi, sebahagian yang melarikan diri menjadi pelarian di sempadan Bangladesh juga tidak membela dan menjamin nasib mereka, malah turut dibunuh dan dihalau oleh pihak berkuasa. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keamanan antarabangsa, malah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa seolah-olah menutup mata atas segala kekejaman dan keganasan yang melanda umat Islam di Myanmar. Pencabulan hak asasi kemanusiaan dan keganasan berterusan terhadap etnik Muslim Rohingya sangat tidak mendapat perhatian dan reaksi daripada dunia. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis reaksi dunia terhadap keganasan yang melanda etnik Muslim Rohingya serta meneliti peranan yang dimainkan PBB dalam mengatasi konflik yang berlaku terhadap etnik tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian ialah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pelbagai pihak termasuk PBB dan institusi antarabangsa lain perlu bekerjasama untk memainkan peranan yang lebih efektif dengan menekan dan mendesak kerajaan Myanmar agar segera menghentikan keganasan etnik Rohingya yang masih belum diketahui nasibnya.

Item Type:Article
Keywords:Keganasan etnik; Muslim Rohingya; Minoriti Muslim; Hubungan antarabangsa
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:10763
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Oct 2017 04:46
Last Modified:09 Oct 2017 09:31

Repository Staff Only: item control page