Pengasingan pekerjaan dan perbezaan upah jantina di Malaysia

Noorazeela Zainol Abidin, and Rahmah Ismail, and Noorasiah Sulaiman, (2016) Pengasingan pekerjaan dan perbezaan upah jantina di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (1). pp. 53-65. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
686kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016.html

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perbezaan upah jantina di Malaysia berdasarkan data yang dikutip melalui kerja lapangan pada tahun 2012 di lima buah negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu. Sejumlah 1,274 ketua isi rumah telah dipilih bagi analisis artikel ini. Secara lebih spesifik, kajian ini memfokus kepada perbezaan upah jantina mengikut kategori pekerjaan, iaitu pekerja mahir, pekerja separa mahir dan pekerja tidak mahir. Kajian ini melibatkan dua model utama, iaitu model multinomial logit dan model upah. Di samping itu, persamaan pengasingan upah digunakan bagi menentukan peratusan sumbangan pemboleh ubah terhadap perbezaan upah jantina. Dapatan kajian menunjukkan peratus sumbangan pemboleh ubah yang terdapat dalam model upah atau dirujuk sebagai sumbangan faktor yang dapat dijelaskan adalah lebih rendah daripada sumbangan faktor yang tidak dapat dijelaskan yang dirujuk sebagai diskriminasi majikan. Di samping itu, sumbangan bias sampel yang dikaitkan dengan diskriminasi majikan dalam pengambilan pekerja yang bias terhadap wanita juga didapati penting dalam menentukan perbezaan upah jantina. Berdasarkan dapatan kajian ini, kerajaan perlu lebih tegas dalam melaksanakan undang-undang kesamaan upah yang terkandung dalam Akta Buruh negara. Bagi pihak majikan pula, mereka perlu lebih telus dalam mengambil pekerja berdasarkan merit dan bukan berdasarkan jantina.

Item Type:Article
Keywords:Diskriminasi majikan; Pekerja mahir; Pekerja separa mahir; Pekerja tidak mahir; Perbezaan upah jantina
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:10769
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 01:05
Last Modified:10 Oct 2017 08:31

Repository Staff Only: item control page