Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia

Asan Ali Golam Hassan, and Mohd Yusof Saari, and Chakrin Utit, and Azman Hassan, and Mukaramah Harun, (2016) Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2). pp. 15-30. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
451kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html

Abstract

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) seringkali dikaitkan sebagai punca utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Objektif utama kajian ini ialah menganggar sejauhmana pelaksanaan CBP memberi impak kepada kos pengeluaran yang seterusnya memberi implikasi kepada kos sara hidup isi rumah. Untuk mencapai objektif tersebut, model harga input-output telah dibangunkan dengan pengubahsuaian bagi mengambil kira tiga kadar cukai yang berbeza iaitu pembekalan berkadar standard, pembekalan berkadar sifar dan pembekalan dikecualikan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelaksanaan CBP cenderung memberi faedah kepada ekonomi. CBP berpotensi untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sebanyak 7.4% berbanding hanya 2.0% peningkatan harga yang dijangka. Kesan penurunan tingkat harga sebanyak 5.4% ini bukan sahaja meningkatkan kuasa beli perbelanjaan isi rumah malah berpotensi untuk merapatkan jurang penggunaan di antara kumpulan etnik dan kelas pendapatan. Walaubagaimanapun, faedah sebenar kepada ekonomi bergantung kepada kadar pematuhan industri kepada sistem percukaian CBP.

Item Type:Article
Keywords:Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP); Input-output; Kos pengeluaran; Kos sara hidup
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:10776
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 01:37
Last Modified:10 Oct 2017 09:36

Repository Staff Only: item control page