Analisis kemudahterancaman pesawah padi di Kawasan Pembangunan Bersepadu Terengganu Utara, Malaysia

Yasar, Muhammad and Chamhuri Siwar, and Rospidah Ghazali, (2016) Analisis kemudahterancaman pesawah padi di Kawasan Pembangunan Bersepadu Terengganu Utara, Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2). pp. 39-47. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
501kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html

Abstract

Salah satu cabaran dalam pembangunan sektor pertanian padi adalah tingginya tingkat kemudahterancaman sektor ini sama ada dari segi ekonomi, ekologi mauhupun sosial sehingga berimpak kepada semakin berkurangnya minat petani untuk menceburi kerjaya ini. Oleh itu kajian bertujuan untuk menentukan model kemudahterancaman petani padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) Malaysia agar faktor-faktor kemudahterancaman tersebut dapat dikenal pasti dan dikawal dengan baik demi tercapainya matlamat kelestarian pertanian padi. Faktor kemudahterancaman ditentukan berdasarkan tiga konstruk iaitu: Perubahan Iklim (PIK), Perubahan Ekonomi (PEK) dan Perubahan Sosial (PSO). Kajian melibatkan 350 orang responden yang ditentukan secara persampelan rawak berstrata. Data yang diperolehi melalui temu bual berstruktur menggunakan soal selidik ini dianalisis menurut kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil kajian mendapati bahawa perubahan iklim (PIK) memberikan kesan negatif terhadap petani padi manakala perubahan ekonomi (PEK) dan sosial (PSO) memberikan kesan yang positif. Kesan perubahan iklim dipengaruhi oleh tiga indikator yang menjejaskan petani padi iaitu suhu yang dirasakan semakin panas (PIK2), serangan penyakit dan perosak tanaman padi yang semakin meningkat (PIK6), serta kerapnya berlaku banjir di musim hujan (PIK3) dengan nilai muatan faktor masing-masing 1.00, 0.98, dan 0.64. Kesan perubahan ekonomi dipengaruhi oleh empat indikator iaitu kos input (PEK1), akses modal (PEK3), dasar/strategi pemasaran (PEK5) dan pembayaran pinjaman (PEK6) dengan nilai muatan faktor masing-masing 0.94, 0.99, 0.92, dan 0.65. Sedangkan kesan perubahan sosial dipengaruhi oleh lima indikator iaitu: pengetahuan petani (PSO2), kerjasama jiran (PSO3), akses pendidikan (PSO4), akses kesihatan (PSO6), dan diskriminasi sosial (PSO7) dengan nilai muatan faktor masing-masing 0.74, 0.66, 0.92, 0.86 dan 0.83. Dengan demikian diperlukan usaha yang strategik bagi mengurangkan kesan PIK dan meningkatkan kesan PEK dan PSO sehingga matlamat kelestarian pertanian padi dapat tercapai.

Item Type:Article
Keywords:Kemudahterancaman; Petani; Padi; Model persamaan berstruktur
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:10778
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 01:48
Last Modified:10 Oct 2017 12:21

Repository Staff Only: item control page