Haryanto, Tri and Basri Abdul Talib, and Norlida Hanim Mohd Salleh, (2016) Kecekapan teknikal pertanian padi di Indonesia: kajian di Pulau Jawa. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2). pp. 143-154. ISSN 0127-1962
|
PDF
299kB |
Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html
Abstract
Kajian ini menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (SFA) untuk menganggarkan tahap kecekapan teknikal dan menganalisis penentu ketidakcekapan teknikal dalam pertanian padi di Pulau Jawa, Indonesia. Data kajian ini adalah berdasarkan kaji selidik struktur kos pertanian padi yang dijalankan oleh Biro Pusat Statistik Republik Indonesia pada tahun 2008. Kawasan kajian terdiri daripada tiga daerah pengeluar padi di Pulau Jawa, iaitu Jawa Timur, Jawa Tengah, dan Jawa Barat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata kecekapan teknikal di daerah Jawa Timur adalah 0.851. Manakala, di daerah Jawa Tengah dan Jawa Barat masing-masing adalah 0.836, dan 0.805. Pendapatan petani memberi kesan negatif dan signifikan kepada ketidakcekapan teknikal. Sebaliknya, umur petani, sumber pembiayaan dan saiz tanah memberi kesan positif dan signifikan kepada ketidakcekapan teknikal. Seterusnya, kesan pemboleh ubah lain seperti pendidikan formal, bantuan keraban dan marau bencana dan banjir ke atas ketidakcekapan teknikal adalah berbeza-beza mengikut kawasan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecekapan teknikal; Pertanian padi; Fungsi pengeluaran stokastik |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 10786 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2017 03:32 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 11:31 |
Repository Staff Only: item control page