Penganggaran fungsi permintaan wang di Malaysia menggunakan pendekatan simetri dan asimetri: perbandingan indeks penjumlahan mudah dan divisia

Amirul Afiq Kamaruddin, and Norlin Khalid, (2016) Penganggaran fungsi permintaan wang di Malaysia menggunakan pendekatan simetri dan asimetri: perbandingan indeks penjumlahan mudah dan divisia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2). pp. 181-195. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
434kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganggar fungsi permintaan wang yang menggunakan agregat monetari penjumlahan mudah M1 dan M2 serta agregat kewangan berwajaran divisia DM1 dan DM2. Kedua-dua kewangan divisia bagi wang sempit (narrow money) DM1 dan kewangan divisia bagi wang luas (broad money) DM2 dibina menggunakan kaedah penganggaran diskrit masa Tornquist (1936) dan Theil (1967). Indeks divisia dikatakan lebih baik daripada indeks penjumlahan mudah kerana mengambilkira perbezaan tingkat kecairan dan kos bagi setiap aset dalam agregat kewangan dengan memberikan wajaran yang berbeza mengikut tingkat kecairan. Tidak seperti kajian sebelum ini, kajian ini menganggarkan fungsi permintaan wang bersifat asimetri dengan menggunakan kaedah ‘Non-Linear Autoregressive Distributed Lag’ (NARDL). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara permintaan wang bagi kedua-dua jenis agregat kewangan dengan tingkat pendapatan, kadar bunga, serta kadar inflasi. Kajian ini turut menyokong wujudnya kesan asimetri dalam fungsi permintaan wang di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penting bagi pembuat dasar mengambilkira kesan asimetri dalam tingkat pendapatan bagi menentukan hubungan permintaan wang dengan penentunya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Permintaan wang; Indeks Divisia; Indeks Penjumlahan Mudah; Non-Linear ARDL
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:10789
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 03:42
Last Modified:04 Oct 2017 03:42

Repository Staff Only: item control page