Kesan program promosi terhadap aktiviti eksport syarikat kecil dan sederhana di Malaysia: satu pendekatan ekonometrik

Abu H. Ayob, and Hazrul Izuan Shahiri, and Mohd Hasimi Yaacob, (2016) Kesan program promosi terhadap aktiviti eksport syarikat kecil dan sederhana di Malaysia: satu pendekatan ekonometrik. Jurnal Pengurusan, 46 . pp. 3-12. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
282kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805

Abstract

Kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu aktiviti eksport terutama dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SKS) melalui penganjuran program promosi eksport (PPE) yang komprehensif. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati program promosi eksport di kebanyakan negara membangun mempunyai pelbagai kekangan sehingga gagal mencapai objektif penganjurannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan PPE terhadap aktiviti eksport dalam kalangan SKS di Malaysia. Model penilaian ini dibentuk berdasarkan teori tingkah laku terancang (Theory of Planned Behavior) menggunakan tiga instrumen iaitu kesedaran, persepsi keberkesanan dan kekerapan penggunaan; serta hubungannya terhadap kecenderungan meneruskan aktiviti eksport. Penilaian telah dibuat terhadap empat program: kursus/latihan, misi/pameran perdagangan antarabangsa, bantuan kewangan dan insentif cukai, dianalisa menggunakan kaedah ekonometrik regresi dua peringkat. Keputusan mendapati bahawa kesedaran dan persepsi keberkesanan telah meningkatkan kekerapan penggunaan semua PPE, tetapi hanya kekerapan penyertaan dalam program kursus/latihan dan misi/pameran perdagangan antarabangsa sahaja yang menggalakkan SKS meneruskan pengeksportan. Sebaliknya, bantuan kewangan dan insentif cukai tidak memberi kesan signifikan kepada pengeksport.

Item Type:Article
Keywords:Program promosi eksport; Kesedaran; Kekerapan penggunaan; Persepsi keberkesanan; Aktiviti eksport; Regresi dua peringkat
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10791
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 07:04
Last Modified:10 Oct 2017 12:36

Repository Staff Only: item control page