Modal insan dan penemuan peluang keatas eksploitasi peluang keusahawanan di kalangan usahawan-usahawan luar bandar

Abd Razak Ahmad, and Mohd Hassan Mohd Osman, and Kamariah Ismail, and Wan Fauziah Wan Yusoff, (2016) Modal insan dan penemuan peluang keatas eksploitasi peluang keusahawanan di kalangan usahawan-usahawan luar bandar. Jurnal Pengurusan, 46 . pp. 53-66. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses peluang keusahawanan luar bandar di Malaysia. Secara khususnya kajian ini cuba mengenal pasti hubungan di antara eksploitasi peluang keusahawanan, penemuan peluang keusahawanan dan modal insan usahawan luar bandar, dan juga untuk menentukan kesan langsung dan bersama modal insan keusahawanan ke atas eksploitasi peluang usahawan luar bandar di Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian ini, tinjauan secara kuantitatif telah dijalankan ke atas 345 responden iaitu usahawan-usahawan luar bandar di Malaysia. Data yang diambil daripada kaji selidik telah dianalisis menggunakan SPSS versi 20 untuk analisis deskriptif dan SmartPLS perisian versi 2.0 untuk analisis inferensi untuk penerokaan hubung kait pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa adalah signifikan pada aras keertian 0.01 di mana, modal insan mempunyai hubungan yang positif dengan eksploitasi peluang keusahawanan dan kesan langsung kepada penemuan peluang keusahawanan. Rumusan kajian ini menyatakan bahawa modal insan dan penemuan peluang keusahawanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada penciptaan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan luar bandar. Kajian ini memberikan sumbangan penting pada bidang keusahawanan luar bandar, terutamanya dalam bidang peluang keusahawanan di luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Keusahawanan luar bandar; Modal insan; Eksploitasi peluang; Penemuan peluang
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10797
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2017 23:45
Last Modified:10 Oct 2017 13:03

Repository Staff Only: item control page