Azman Ismail, and Noor Azmi Mohd Zainol, and Nursaadatun Nisak Ahmad, (2016) Program pembangunan kepimpinan meningkatkan pemindahan latihan dalam Tentera Darat Malaysia: kajian empirikal. Jurnal Pengurusan, 46 . pp. 149-161. ISSN 0127-2713
|
PDF
364kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada para pemimpin tentera darat yang bertugas di Semenanjung Malaysia. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah dilaksanakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian dan keputusan pengujian ini menunjukkan tiga penemuan penting; pertama, kandungan kursus mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan latihan. Kedua, peranan jurulatih mempunyai perkaitan yang positif tetapi tidak signifikan dengan pemindahan latihan. Ketiga, sokongan pengurusan mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pemindahan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus dan sokongan pengurusan telah bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan. Sebaliknya, peranan jurulatih tidak berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada pemindahan latihan di organisasi kajian. Justeru itu, artikel ini turut menghuraikan perbincangan, implikasi dan kesimpulan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemindahan latihan; Latihan kepimpinan; Kandungan kursus; Peranan jurulatih; Sokongan pengurusan |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 10805 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Oct 2017 01:29 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 13:12 |
Repository Staff Only: item control page