Kesan pertukaran pengurusan tertinggi ke atas harga saham Syarikat Berkaitan dan Bukan Berkaitan Kerajaan

Mohamat Sabri Hassan, and Romlah Jaffar, and Anwary Syuhaily Rosly, (2016) Kesan pertukaran pengurusan tertinggi ke atas harga saham Syarikat Berkaitan dan Bukan Berkaitan Kerajaan. Jurnal Pengurusan, 47 . pp. 29-41. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/856

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pertukaran pengurusan tertinggi (PT) di Syarikat Berkaitan (SBK) dan Bukan Berkaitan Kerajaan (SBBK) ke atas harga saham. Ini disebabkan sebarang pertukaran yang berlaku bagi jawatan ini akan memberi impak kepada hala tuju syarikat kerana pengganti biasanya akan mengubah strategi syarikat. Perubahan ini seterusnya boleh mempengaruhi harga saham yang juga boleh dipengaruhi oleh asal usul pengganti. Amnya SBK di Malaysia, berbanding SBBK, dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan yang berupaya melantik ahli lembaga pengarah dan PT serta membuat keputusan utama berkaitan dengan SBK. Oleh itu, kesan pertukaran PT bagi kedua-dua bentuk syarikat ke atas harga saham mungkin berbeza. Berdasarkan Teori Kecekapan Pasaran Separa Kuat dan kaedah kajian peristiwa,data sekunder yang terdiri dari harga saham dan maklumat pertukaran telah diperolehi. Hasil kajian mendapati pasaran modal bertindak positif yang signifikan sebelum, semasa dan selepas pengumuman pertukaran. Namun begitu, perbandingan antara syarikat menunjukkan harga saham bagi SBK menunjukkan tindak balas positif sebelum pengumuman pertukaran dibuat, berbanding tindak balas positif untuk ketiga-tiga tempoh dalam kes SBBK. Penemuan ini menunjukkan pelabur SBK telah menerima maklumat terlebih dahulu sebelum pengumuman dan bertindak balas terhadap harga saham. Oleh itu pada tarikh pengumuman maklumat pertukaran sudah tidak mengejutkan lagi. Kajian juga mendapati asal usul pengganti berhubungan positif dengan harga saham. Namun ianya tidak memberi perbezaan ketara antara SBK dan SBBK. Kajian menyumbang kepada literatur dalam memahami reaksi pasaran modal terhadap perubahan PT terutamanya di SBK yang menguasai pasaran modal Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pertukaran pengurusan tertinggi; Harga saham; Syarikat berkaitan kerajaan; Asal usul pengganti
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10808
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 03:09
Last Modified:11 Oct 2017 07:36

Repository Staff Only: item control page