Muniroh Khalib, and Aisyah Abdul-Rahman, and Hawati Janor, (2016) Impak kecekapan kos terhadap risiko kecairan dalam institusi perbankan di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 47 . pp. 67-79. ISSN 0127-2713
|
PDF
506kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/856
Abstract
Kajian ini menganalisis hubungan kecekapan bank dengan risiko kecairan ke atas 16 bank Islam dan 27 bank konvensional di Malaysia bagi tempoh 1994-2014. Kecekapan bank dinilai berdasarkan kecekapan kos, manakala risiko kecairan menggunakan garis panduan Basel III iaitu Nisbah Perlindungan Kecairan (Liquidity Coverage Ratio-LCR) yang bersifat jangka pendek (30 hari) dan Nisbah Pendanaan Stabil Bersih (Net Stable Funding Ratio-NSFR) yang bersifat jangka panjang (setahun). Analisis ini meliputi dua fasa pengujian: 1) skor kecekapan kos dianggarkan menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (Stochastic Frontier Analysis-SFA). 2) Hubungan antara kecekapan kos tersebut dan risiko kecairan diuji menggunakan kaedah regresi panel statik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecekapan kos kedua-dua sistem perbankan tidak mempunyai hubungan signifikan dengan LCR, manakala berhubungan signifikan yang negatif dengan NSFR bagi perbankan Islam dan konvensional. Ini bermaksud semakin tinggi ketidakcekapan kos semakin rendah kecairan, lalu semakin tinggi risiko kecairan dalam jangka panjang. Oleh itu, pengurangan kos dapat mengurangkan risiko kecairan bank bagi jangka panjang. Implikasinya, kecekapan kos bank perlu diambil kira oleh penggubal dasar Negara dan pihak pengurusan bank dalam merangka pengurusan risiko kecairan bagi memastikan kelestarian sistem perbankan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Risiko kecairan; Kecekapan kos; Nisbah pelindungan kecairan; Nisbah pendanaan stabil bersih |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 10811 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Oct 2017 03:32 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 07:55 |
Repository Staff Only: item control page