Tadbir urus syariah dalam industri takaful di Malaysia: implikasi pasca Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Mohd Faiz Mohamed Yusof, and Joni Tamkin Borhan, and Nurhanani Romli, (2016) Tadbir urus syariah dalam industri takaful di Malaysia: implikasi pasca Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Jurnal Pengurusan, 47 . pp. 91-103. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
483kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/856

Abstract

Industri takaful telah bertapak kira-kira 30 tahun dalam sistem kewangan di Malaysia. Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh pengawal selia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan pengukuhan dan kestabilan industri takaful termasuklah berkaitan perundangan tadbir urus syariah. Makalah ini akan menghuraikan peruntukan perundangan Akta Bank Negara Malaysia 2009 (ABNM 2009) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dalam aspek tadbir urus syariah industri takaful di Malaysia. Selain itu,kajian ini turut menemu bual tujuh informan kajian yang terdiri Pegawai Bahagian Syariah dan Jawatankuasa Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam proses tadbir urus syariah dalam industri takaful. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peruntukan perundangan APKI 2013 memberi implikasi positif terhadap tadbir urus syariah industri takaful dengan peruntukan perundangan yang jelas dan terperinci seperti bidang kuasa dan peranan Majlis Penasihat Syariah BNM dan Jawatankuasa Syariah di peringkat dalaman SPT.

Item Type:Article
Keywords:Tadbir urus syariah; Takaful; Perundangan; Majlis Penasihat Syariah BNM; Jawatankuasa Syariah SPT
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10813
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 03:37
Last Modified:11 Oct 2017 07:57

Repository Staff Only: item control page