Faktor kejayaan Pemikiran Lean dan pencapaian operasi di sektor perkhidmatan

Roshayati Abdul Hamid, and Ida Rosnita Ismail, (2016) Faktor kejayaan Pemikiran Lean dan pencapaian operasi di sektor perkhidmatan. Jurnal Pengurusan, 47 . pp. 143-155. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
544kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/856

Abstract

Dalam persaingan globalisasi, sektor perkhidmatan harus memberi perhatian dalam memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan perkhidmatan yang berkualiti dengan kos yang lebih rendah. Penggunaan amalan penambahbaikan kualiti seperti Lean mampu membaiki pengoperasian organisasi bagi mencapai matlamat tersebut. Penggunaan Lean di sektor perkhidmatan lebih dikenali dengan terma Pemikiran Lean (Lean Thinking) kerana penambahbaikan pengoperasian yang dilakukan adalah berteraskan lima prinsip dalam Pemikiran Lean. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menguji adakah penggunaan Pemikiran Lean di beberapa buah hospital awam dan swasta di Malaysia dapat membantu pencapaian operasi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor dalaman dan luaran penting yang dapat menyumbang kepada kejayaan Pemikiran Lean di sektor perkhidmatan. Dalam kajian ini, pendekatan model Resource-based View digunakan sebagai teori dasar untuk mengenal pasti faktor dalaman yang berorientasikan pekerja dalam mempengaruhi kejayaan Pemikiran Lean. Faktor dalaman tersebut pula dibahagikan kepada faktor umum dan faktor spesifik. Faktor umum yang dimaksudkan ialah faktor pengurusan atasan, latihan dan pembelajaran, komunikasi dan penglibatan pekerja. Manakala, faktor spesifiknya ialah faktor pembangunan pemikiran. Dalam kajian ini faktor luaran iaitu faktor campur tangan kerajaan turut diuji kerana hospital awam adalah sangat terikat dengan polisi kerajaan. Data dianalisis menggunakan pendekatan Partial Least Squares (PLS). Hasil kajian menunjukkan faktor dalaman sahaja (faktor umum dan faktor spesifik) yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian operasi. Manakala, faktor luaran iaitu campur tangan kerajaan tidak mempengaruhi kejayaan amalan Pemikiran Lean di hospital awam dan swasta di Malaysia. Hasil kajian ini adalah selari dengan pendapat penyelidik terdahulu bahawa perkara asas yang boleh menggerakkan amalan penambahbaikan kualiti harus bermula dari kekuatan dalaman sesebuah organisasi. Penemuan ini adalah maklumat penting sebagai garis panduan kepada pengamal supaya mengutamakan faktor yang berorientasikan pekerja demi meningkatkan pencapaian operasi melalui Pemikiran Lean.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran Lean; Faktor kejayaan kritikal; Pencapaian operasi; Resource-based view (RBV); Partial least squares (PLS)
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10817
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 03:50
Last Modified:11 Oct 2017 07:34

Repository Staff Only: item control page