Analisis teknikal dan implikasinya terhadap kecekapan pasaran saham di Malaysia

Ruzita Abdul-Rahim, and Azhan Taqiyaddin-Arizan, and Shifa Mohd-Nor, (2016) Analisis teknikal dan implikasinya terhadap kecekapan pasaran saham di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 48 . pp. 3-20. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/883

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menguji semula kecekapan pasaran saham di Malaysia dengan mengaplikasikan strategi urusniaga analisis teknikal. Kecekapan pasaran diuji berdasarkan keuntungan yang dijana daripada penggunaan isyarat beli yang diperoleh daripada gabungan indikator teknikal Bollinger Band (BB) dan Exponential Moving Average 200 (EMA200) serta isyarat jual yang diperoleh daripada enam indikator teknikal; Bollingger Upper dan Middle Band, Simple Moving Average, Relative Strength Index, Stochastic, dan Moving Average Convergence Divergence. Isyarat-isyarat ini dikesan menggunakan RHB Trade Smart yang merupakan salah satu perisian kontemporari analisis teknikal. Aplikasi RHB Trade Smart terhadap semua saham yang tersenarai di Bursa Malaysia daripada 1 Januari 2015 hingga 31 Ogos 2015 telah menghasilkan satu sampel 123 isyarat beli. Tempoh pengesanan isyarat beli dihadkan sehingga 31 Ogos untuk memberi ruang selama 2 bulan bagi memastikan setiap isyarat beli dapat dipadankan dengan sekurang-kurangnya satu isyarat jual yang dikenal pasti daripada enam indikator teknikal tersebut. Hasilnya, kesemua isyarat beli memperoleh padanan isyarat jual daripada keenam-enam indikator teknikal kecuali satu yang melibatkan indikator Moving Average. Secara keseluruhan, kajian mendapati pulangan bersih (selepas ditolak kos transaksi) daripada setiap indikator teknikal adalah abnormal. Secara ekonomi, setiap indikator teknikal menghasil sekurang-kurangnya 13 peratus per 21-hari bulan transaksi (bersamaan 156% per tahun). Secara statistik, pulangan ini berbeza daripada sifar secara signifikan. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi bukti bahawa pasaran saham di Malaysia masih belum mencapai tahap kecekapan pada tahap lemah. Keadaan ini mungkin boleh dijelaskan dengan kurangnya penglibatan pelabur aktif dalam pasaran saham, khususnya yang mampu mengeksploitasi kecanggihan teknologi (perisian analisis teknikal) untuk membuat ramalan dan mengambil peluang dari perubahan dalam pasaran saham.

Item Type:Article
Keywords:Analisis teknikal; RHB Trade Smart; Pulangan abnormal; Kecekapan pasaran saham; Pasaran saham Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10819
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 06:49
Last Modified:11 Oct 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page