Christopher Abas, and Fatimah Omar, and Fatimah Wati Halim, and Sarah Waheeda Muhammad Hafidz, (2016) Peranan keletihan emosi dan penghargaan kendiri berasaskan organisasi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif. Jurnal Pengurusan, 48 . pp. 73-88. ISSN 0127-2713
|
PDF
655kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/883
Abstract
Kajian ini bertujuan menguji peranan pengantara keletihan emosi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif. Selanjutnya, kajian ini juga meneliti peranan penyederhana penghargaan kendiri berasaskan organisasi (PKBO) dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi. Berasaskan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian ini melibatkan seramai 660 orang pegawai perkhidmatan awam daripada pelbagai kementerian di Malaysia. Hipotesis diuji dengan menggunakan analisis regresi berhierarki dan bootstrapping. Keputusan menunjukkan a) persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi mempunyai hubungan signifikan dengan tingkah laku kerja tidak produktif; b) persepsi sokongan organisasi dan PKBO mempunyai hubungan signifikan dengan keletihan emosi; c) keletihan emosi merupakan pengantara yang menghubungkan persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif; dan d) PKBO merupakan penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Persepsi sokongan organisasi; Keletihan emosi; Penghargaan kendiri berasaskan organisasi; Tingkah laku kerja tidak produktif |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 10824 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Oct 2017 07:11 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 08:21 |
Repository Staff Only: item control page