Model pengurusan risiko perancangan sistem maklumat di sektor awam

Siti Fatimah Abdullah, and Maryati Mohd Yusof, and Dian Indrayani Jambari, (2016) Model pengurusan risiko perancangan sistem maklumat di sektor awam. Jurnal Pengurusan, 48 . pp. 149-160. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/883

Abstract

Pembangunan Sistem Maklumat (SM) terdedah kepada pelbagai risiko. Kebanyakan projek tidak mencapai matlamat yang disasar seperti yang dirancang kerana tidak menepati kos, jangka masa dan kualiti yang ditetapkan. Menurut kajian terdahulu, salah satu punca kegagalan projek pembangunan SM adalah kegagalan mengurus dan memahami risiko kerana ia tidak dapat dielak. Pengurusan risiko di peringkat awal projek SM adalah penting, khususnya dalam fasa perancangan yang merupakan fasa pertama di dalam Kitaran Hayat Pembangunan Sistem. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti faktor risiko perancangan SM, tahap keutamaannya dan strategi tindak balas yang bersesuaian. Faktor risiko yang dikenalpasti dari kajian konseptual dianalisis secara kritikal dan disahkan oleh pakar yang berpengalaman di dalam pembangunan SM sektor awam. Hasil kajian dipapar dalam model cadangan faktor risiko perancangan SM sektor awam yang boleh dijadikan panduan oleh agensi kerajaan dalam mengurus risiko.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan risiko; Risiko perancangan sistem; Perancangan SM; SM; Sektor awam
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10830
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 07:37
Last Modified:11 Oct 2017 08:14

Repository Staff Only: item control page