Strategi dan corak pengantarabangsaan perniagaan agro di Malaysia

Zizah Che Senik, and Rosmah Mat Isa, and Ridzuan Md Sham, and Ratana Jabir, (2016) Strategi dan corak pengantarabangsaan perniagaan agro di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 48 . pp. 161-171. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
497kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/883

Abstract

Artikel ini mengkaji pendekatan strategi pengantarabangsaan yang diambil oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agro. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti strategi kemasukan dan pemilihan pasaran oleh syarikat PKS agro, dan mengetahui bagaimana ciri-ciri syarikat mempengaruhi kepantasan proses pengantarabangsaan. Kajian kes digunakan keatas lima syarikat PKS agro di Malaysia. Kajian mendapati syarikat PKS agro menggunakan pelbagai strategi mod kemasukan seperti eksport langsung, usahasama, dan rakan kongsi asing untuk menembusi pasaran antarabangsa. Kajian membuktikan ciri-ciri syarikat seperti jenis produk, jenis perniagaan, dan pemilikan merupakan faktor utama yang mempengaruhi strategi mod kemasukan asing dan sasaran pasaran, yang kemudiannya menentukan corak pengantarabangsaan, samada tradisional ataupun born-global. Artikel ini mencadangkan satu tipologi corak pengantarabangsaan dan beberapa proposisi berkaitan dengan proses pengantarabangsaan. Kajian ini memberi panduan kepada pemilik/pengurus perniagaan industri agro untuk menembusi pasaran global. Manakala bagi penggubal dasar pula ianya boleh menjadi asas untuk membentuk garis panduan dalam membantu industri perniagaan agro bersaing di peringkat antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Proses pengantarabangsaan; Industri perniagaan agro; Strategi mod kemasukan; Corak pengantarabangsaan; Negara pasaran baru muncul
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:10831
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2017 07:50
Last Modified:11 Oct 2017 08:11

Repository Staff Only: item control page