Jangkaan pelajar perakaunan terhadap kurikulum pendidikan perakaunan di institusi pengajian tinggi awam Malaysia

Noor Lela Ahmad, and Khalid Ismail, and Norizan Saad, (2015) Jangkaan pelajar perakaunan terhadap kurikulum pendidikan perakaunan di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 18 (1). pp. 35-44. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisispandanganpelajar perakaunan tahun akhirterhadap kurikulum pendidikan perakaunan dalam menyediakanmerekadengan ilmu dan kemahiran profesional yang mencukupi untuk menghadapi persekitaran kerjaya dengan jayanya. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data daripada 150 orang pelajar perakaunan tahun akhir di tiga buah institusi pengajian tinggi awam. Pemilihan sampel adalah berdasarkan persampelan rawak mudah yang diedarkan di tiga buah fakulti dari universiti yang menawarkan program perakaunan. Dapatan kajian dianalisis menerusi analisis min, peratus, frekuensi dan ujian-t. Penemuan kajian mendapati terdapat kurang integrasi antara kursus-kursus yang ditawarkan dalam kurikulum, perlunya penambahan kursus baru yang lebih menekankan penguasaan kemahiran professional serta perlunya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai ditambahbaik yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran intelektual dan kemahiran personal dianggap paling penting kepada graduan sebagai persediaan dalam kerjaya mereka. Oleh itu, penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kurikulum pendidikan perakaunan, penguasaan kemahiran profesional perlu ditekankan supaya IPTA dapat melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan cemerlang.

Item Type:Article
Keywords:Perakaunan; Kurikulum perakaunan; Pelajar; Jangkaan; Kemahiran
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10857
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2017 03:23
Last Modified:13 Oct 2017 00:00

Repository Staff Only: item control page