Tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti awam: kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Rubayah Yakob, and Hawati Janor, and Nurain Khamis, (2015) Tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti awam: kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 18 (1). pp. 75-88. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan oleh seseorang individu sebagai antara usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan meningkatnya kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan tahap literasi kewangan di Malaysia dan juga di peringkat global, maka kajian ini bertujuan menyelidiki tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar di universiti awam dengan mengambil pelajar terpilih dari Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu salah sebuah universiti awam di Malaysia sebagai sampel kajian. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap literasi kewangan dalam kalangan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pelajar di UKM memiliki tahap literasi kewangan yang sederhana. Hasil analisis regresi berbilang pembolehubah dan ANOVA satu-hala menunjukkan bahawa jenis fakulti dan prestasi akademik mempengaruhi tahap literasi kewangan pelajar. Faktor-faktor lain termasuk maklumat penajaan (penaja dan jumlah penajaan yang diperoleh per semester), maklumat ibubapa (pendapatan,pekerjaan dan kelayakan akademik ibu bapa), faktor demografi (jantina, bangsa), tempat tinggal, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki universiti dan tahun pengajianadalah tidak siknifikan. Hasil kajian ini mencadangkan agar usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengetahuan kewangan perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan pelajar universiti. Dapatan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan dapat membantu penggubal polisi, para pentadbir dan pendidik mengetahui aspek atau komponen penting yang perlu diambil kira dalam program pendidikan yang berkait dengan meningkatkan literasi kewangan.

Item Type:Article
Keywords:Literasi kewangan; Kesejahteraan kewangan; Hutang pinjaman pelajar; Kemungkiran bayaran pinjaman; Pelajar universiti awam
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10861
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2017 03:43
Last Modified:13 Oct 2017 00:04

Repository Staff Only: item control page