Pola perbelanjaan dan haddul kifayah zakat bagi pelajar sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia

Sarah Athirah Saruchi, and Aisyah Abdul Rahman, and Hairunnizam Wahid, (2015) Pola perbelanjaan dan haddul kifayah zakat bagi pelajar sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 18 (2). pp. 33-44. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Mutakhir ini, harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat sekali gus meningkatkan peruntukan bulanan isi rumah untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungan. Antara yang terjejas dengan senario ekonomi ini ialah pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh khususnya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di mana perlu berhadapan dengan yuran yang jauh lebih tinggi berbanding di peringkat primari dan sekunderi. Di sinilah zakat memainkan peranan penting dan berpotensi tinggi untuk berkolaborasi dengan pihak kerajaan bagi menyalurkan dana kepada pembangunan pendidikan dengan memberi bantuan kepada pelajar. Walaupun telah ada bantuan pendidikan menggunakan dana zakat diagihkan kepada pelajar, namun dilihat jumlah bantuan yang diberi kurang mengikut keperluan ekonomi semasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji corak perbelanjaan pelajar dengan mendapatkan purata perbelanjaan sebulan bagi mencadangkan haddul kifayah khusus kepada pelajar. Selain itu, kajian terhadap perbezaan perbelanjaan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen dibuat bagi mengetahui keperluan institusi zakat memberikan bantuan zakat berbeza mengikut aliran pengajian seterusnya mengkaji faktor-faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atas makanan dan bukan makanan. Seramai 160 responden iaitu dalam kalangan pelajar sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih bagi menjalankan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan purata perbelanjaan pelajar sebulan ialah sebanyak RM974.88. Selain itu, tiada perbezaan yang signifikan dalam corak perbelanjaan pelajar aliran sains sosial dan sains tulen yang menunjukkan haddul kifayah tidak perlu dibezakan oleh institusi zakat mengikut aliran pengajian. Faktor demografi umur dan lokasi kediaman pula mempengaruhi perbelanjaan bukan makanan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak institusi zakat dalam menilai semula haddul kifayah khusus kepada pelajar bagi melicinkan lagi perlaksanaan agihan zakat.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Haddul kifayah; Pelajar institusi pengajian tinggi
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10867
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2017 08:10
Last Modified:13 Oct 2017 00:13

Repository Staff Only: item control page