Mengaplikasi struktur pengagihan risiko dalam program kokurikulum universiti

Rubayah Yakob, and Hawati Janor, and Intan Syafikaz Jamaludin, and Hendon Redzuan, (2016) Mengaplikasi struktur pengagihan risiko dalam program kokurikulum universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 1-10. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
321kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Pengurusan risiko adalah sangat penting dalam memastikan program kokurikulum di universiti mencapai peranannya iaitu sebagai pelengkap kepada kurikulum akademik dalam melahirkan graduan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian ini melihat bagaimana pengaplikasian kaedah Struktur Pengagihan Risiko (SPR) iaitu satu kaedah yang mengenalpasti, menaraf dan menentukan faktor risiko bagi program kokurikulum di institusi pengajian tinggi khususnya di UKM. Ianya dilakukan melalui dua peringkat yang bermula dengan menstrukturkan risiko program berdasarkan SPR seterusnya menaraf atau mengkelaskan tahap risiko terbabit. Hasil kajian mendapati bahawa SPR bagi program kokurikulum di UKM boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama: sumber risiko bagi program tersebut boleh dilihat berdasarkan fasa-fasa kitaran hayat program tersebut. Terdapat 9 sumber risiko yang telah dikenalpasti iaitu perancangan, rekabentuk, maklumbalas, lokasi, tenaga kerja, kewangan, pengurusan, faktor luar kawal dan kebolehlaksanaan program. Seterusnya, peringkat kedua merujuk kepada risiko yang lebih terperinci yang berpunca daripada setiap sumber risiko dalam peringkat pertama. Secara keseluruhan, terdapat 41 jenis risiko program yang telah dikenalpasti di peringkat kedua. 17 daripada risiko ini dikategorikan sebagai kritikal yang kebanyakannya meliputi aspek kewangan, manakala 24 risiko berada pada tahap sederhana kritikal yang banyak melibatkan fasa projek and fasa maklumbalas. Implikasinya semua risiko yang berada pada tahap kritikal merupakan risiko yang perlu diberi perhatian yang lebih berbanding risiko lain kerana pengabaian terhadapnya boleh menyebabkan kegagalan projek yang serius. Dari segi keutamaan risiko pula, kajian ini mendapati bahawa risiko yang berkaitan dengan kewangan merupakan risiko yang perlu diberikan perhatian utama dalam memastikan kejayaan program kokurikulum di UKM. Sebaliknya, risiko cuaca, risiko bencana alam dan risiko alam sekitar merupakan antara risiko yang kurang penting. Walau bagaimanapun, pengabaian risiko-risiko ini secara total mampu menjejaskan kelancaran program yang dilaksanakan. Faedah yang diperolehi hasil daripada pengaplikasian SPR ini ialah ia akan menjadi senarai semak kepada pelajar tentang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka sepanjang melaksanakan program kokurikulum. Di samping itu, dengan bantuan SPR, para pelajar boleh bersedia dengan pelan-pelan alternatif bagi meminimumkan kesan akibat daripada risiko tertentu dan sekaligus meningkatkan peluang kejayaan program yang dilakukan dari segi skop, jadual dan belanjawan.

Item Type:Article
Keywords:Struktur Pengagihan Risiko; Pengurusan risiko; Penarafan; Faktor risiko; Ko-kurikulum
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10877
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 06:25
Last Modified:24 Oct 2017 12:14

Repository Staff Only: item control page