Sikap pelajar terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar sains

Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir, and Mohd Mustamam Abdul Karim, and Nurulhuda Abd. Rahman, (2016) Sikap pelajar terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar sains. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 23-38. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
430kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran fizik dan menentukan pengaruh sikap terhadap pencapaian fizik serta mengkaji perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian dalam kumpulan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Populasi kajian adalah pelajar Kolej Matrikulasi Selangor (N = 219). Soal selidik sikap terhadap pembelajaran fizik atau STPF yang mengandungi 16 item telah diedarkan kepada populasi kajian. Ujian statistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden terhadap pembelajaran fizik dan ujian regresi linear mudah digunakan bagi menentukan kesan sikap terhadap pencapaian fizik. Data kajian menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif terhadap fizik, iaitu mirip profil pakar. Secara signifikan, kajian mendapati sikap dapat menjelaskan sebanyak 2.9 peratus terhadap varians pencapaian fizik. Ujian-t bebas juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang signifikan dan kecil. Namun tiada perbezaan dalam pencapaian fizik. Kajian ini mencadangkan supaya kurikulum sains dinilai semula supaya kelihatan lebih relevan, dinamik dan menarik. Kajian juga membuka ruang kepada penyelidik lain untuk meneroka faktor-faktor lain yang mungkin lebih mempengaruhi pencapaian fizik.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran fizik; Sikap pelajar; Novis; Pakar
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10879
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 06:35
Last Modified:24 Oct 2017 12:22

Repository Staff Only: item control page