Keberkesanan pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri dalam pengurusan penempatan latihan industri bagi pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Muhammad Zul Azri Muhammad Jamil, and Norinsan Kamil Othman, and Irman Abdul Rahman, and Faizal Mohamed, and Zalita Zainuddin, (2016) Keberkesanan pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri dalam pengurusan penempatan latihan industri bagi pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 39-48. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
561kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Latihan Amali/Industri telah dijalankan sejak sesi 1996/97 pada peringkat fakulti selaras dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin meningkatkan kepelbagaian dalam pengalaman pelajar. Untuk memudahkan pengurusan latihan amali / industri, UKM telah melaksanakan Sistem Latihan Amali / Industri (SLAI) sejak tahun 2011 yang merupakan satu komponen dalam portal Sistem Maklumat Universiti (SMU). Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan SLAI di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) belum pernah dikaji sejak dilaksanakan oleh pihak universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan dan penambahbaikan pelaksanaan SLAI dalam pengurusan penempatan latihan industri pelajar PPFG. Soal selidik diberikan kepada 105 responden yang diberikan kepada pelajar PPFG yang telah terlibat dengan latihan industri. Hasil kajian menunjukkan 87.95% bersetuju bahawa sistem SLAI adalah mesra pengguna dan senang diakses dan 65% bersetuju supaya sistem ini terus digunakan bagi proses permohonan penempatan pelajar-pelajar untuk mejalani latihan industri pada masa akan datang. Ini dapat memberi kesan positif terhadap keyakinan dan keberkesanan SLAI yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat UKM.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan Sistem Latihan Amali / Industri; Pelajar PPFG
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10880
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 06:47
Last Modified:24 Oct 2017 12:24

Repository Staff Only: item control page