Kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah

Nor Mohamad Zulhairi Ismail, and Jamalul Lail Abdul Wahab, and Ruzita Md Hassan, (2016) Kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 49-54. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti tahap kepuasan kerja guru dan perbezaannya berdasarkan pencapaian sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 138 orang guru yang dipilih secara rawak mudah dari 12 buah sekolah kebangsaan Daerah Ledang, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan menggunakan kaedah deskriptif seperti analisis min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Manakala Analisis statistik inferensi menggunakan ujian Anova sehala untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan kepuasan kerja guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah. Implikasinya, bagi pelaksana dasar dapat membantu mereka membentuk kerangka konseptual tentang keadaan sebenar sekolah sebelum mereka membuat pemantauan atau menilai sekolah-sekolah di negeri Johor. Terhadap guru-guru pula kajian ini boleh dijadikan panduan yang dapat memberi maklum balas terhadap mutu kerja dan amalan mereka untuk penambanbaikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kepuasan guru; Pencapaian sekolah
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10881
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 06:54
Last Modified:24 Oct 2017 12:25

Repository Staff Only: item control page