Pembelajaran-e, tekanan dan komitmen belajar dalam kalangan pelajar Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia

Md Daud Ismail, and Nur Syuhada Md Zain, and Roshayati Abdul Hamid, (2016) Pembelajaran-e, tekanan dan komitmen belajar dalam kalangan pelajar Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 55-64. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Pembelajaran-e telah menjadi topik utama dalam kajian berkaitan pendidikan dalam konteks insitut pengajian tinggi. Penemuan oleh penyelidik terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan kebolehgunaan pembelajaran-e mempengaruhi proses pembelajaran yang lebih berkesan dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Penemuan oleh kajian lepas juga menunjukkan bahawa tekanan dan komitmen belajar adalah faktor penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Khususnya, kajian ini menyelidik peranan pembelajaran-e terhadap tekanan belajar dan juga hubungan di antara tekanan dan komitment belajar. Data kajian dikutip dari pelajar prasiswazah dalam bidang Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah analisis regresi pelbagai telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembelajaran-e mempengaruhi tekanan belajar dan komitmen belajar secara positif dan signifikan. Sebagai tambahan, tekanan belajar juga mempengaruhi komitmen belajar dengan positif dan signifikan. Di akhir kertas ini terdapat bahagian perbincangan dan kesimpulan kajian.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran-e; Tekanan; Komitmen belajar; Sains sosial; Universiti Kebangsaan Malaysia
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10882
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 06:59
Last Modified:24 Oct 2017 12:27

Repository Staff Only: item control page