Kecerdasan emosi sebagai faktor penyumbang kepada kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Rosma Ayu Harun, and Noriah Mohd Ishak, and Salleh Amat, (2016) Kecerdasan emosi sebagai faktor penyumbang kepada kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 65-74. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat trait kecerdasan emosi (KE) sebagai faktor penyumbang kepada kepimpinan Ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) UKM (n = 148). Bagi tujuan pemerolehan data, dua jenis instrumen digunakan sebagai alat kajian utama iaitu Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM-MEQI) dan Malaysia Leadership Audit Trail Inventory (MLATI). Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS. Kajian ini bertujuan untuk (a) melihat profil kepintaran emosi Ahli MEP UKM (b) melihat profil kepimpinan Ahli MEP UKM (c) melihat adakah wujud hubungan antara kepimpinan dengan domain pengurusan personal dan sosial KE di kalangan ahli MEP UKM. Hasil dapatan kajian menunjukkan Ahli MEP UKM mempunyai Indeks Kepintaran Emosi dan Kepimpinan di tahap yang tinggi. Ujian regrasi yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan dengan pengurusan personal dan sosial kecerdasan emosi dalam kalangan ahli MEP UKM.

Item Type:Article
Keywords:Kecerdasan emosi dan kepimpinan; Majlis Eksekutif Pelajar UKM
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10883
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 07:04
Last Modified:24 Oct 2017 12:29

Repository Staff Only: item control page