Peranan perhubungan awam dalam segmentasi publik terhadap isu kebolehpasaran graduan

Norliana Hashim, and Chang, Peng Kee and Mat Pauzi Abd Rahman, (2016) Peranan perhubungan awam dalam segmentasi publik terhadap isu kebolehpasaran graduan. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 87-97. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kebolehpasaran seringkali dikaitkan dengan kejayaan graduan dalam mendapatkan pekerjaan. Setelah berhempas pulas menimba ilmu di universiti, pastinya pencapaian akademik yang diukur selama ini iaitu membolos kan diri dalam dunia pekerjaan menjadi teraju utama kejayaan seseorang graduan. Dengan mengambil pandangan daripada perspektif komunikasi, kajian ini diilhamkan untuk mengenalpasti cara graduan bertindak balas dengan masalah yang dialami. Kajian ini juga bertujuan memberikan pemahaman tentang fenomena sosial yang berkaitan dengan perkembangan tingkah laku graduan yang mana diklasifikasikan sebagai publik dan boleh disegmentasikan kepada empat jenis publik iaitu Bukan Publik, Publik Pendam, Publik Sedar dan Publik Aktif mengikut konteks perhubungan awam. Seramai 787 responden terdiri daripada graduan UKM tahun 2014 telah memberi maklum balas terhadap bancian dalam talian yang dilakukan. Hujahan kepada Teori Situasi dalam Penyelesaian Masalah (STOPS) diuji untuk meneroka tindak balas graduan terhadap isu ini. Analisis mendapati Publik Sedar (68%) dan publik pendam (22%) telah mendominasi dalam kalangan khalayak graduan yang ada. Dengan mengambil kira reaksi komunikatif boleh membantu dalam kempen yang bakal dilakukan oleh pihak organisasi iaitu UKM serta menyerlahkan publik yang sepadan melalui segmentasi yang telah dilakukan. Sebagai sebuah universiti yang cakna, penonjolan komitmen daripada organisasi dalam menyelesaikan masalah di harap dapat meningkatkan reputasi institusi sebagai sebuah universiti yang terunggul di mata dunia.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehpasaran Graduan; Segmentasi Publik; Komitmen Organisasi dan Perhubungan Awam
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10885
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 07:52
Last Modified:24 Oct 2017 12:45

Repository Staff Only: item control page