Tekad keusahawanan berunsurkan minda kelas pertama: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPT

Chen, Yee Liang and Muhammad Hussin, and Norasmah Othman, (2016) Tekad keusahawanan berunsurkan minda kelas pertama: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPT. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 99-110. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan minda kelas pertama dari aspek psikologi sosial dan psikologi kognitif serta sumbangan psikologi sosial dan psikologi kognitif terhadap tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT. Psikologi sosial terdiri daripada variabel sikap minda kelas pertama dan norma subjektif. Psikologi kognitif pula terdiri daripada variabel kesedaran kawalan tingkah laku minda kelas pertama dan kesedaran peluang minda kelas pertama. Sampel kajian terdiri daripada 636 pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak dalam kalangan IPT di sekitar Lembah Klang. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi iaitu ujian regresi pelbagai digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar IPT mempunyai tahap sikap, kesedaran kawalan tingkah laku dan kesedaran peluang minda kelas pertama yang tinggi. Manakala bagi variabel norma subjektif dan tekad keusahawanan, pelajar IPT menunjukkan tahap yang sederhana. Kajian dapati variabel kesedaran peluang minda kelas pertama adalah faktor dominan yang memberi sumbangan kepada pembentukan tekad keusahawanan iaitu sebanyak 44.1 peratus, diikuti dengan norma subjektif 8.9 peratus dan kesedaran kawalan tingkah laku berunsurkan minda kelas pertama sebanyak 0.4 peratus. Hasil kajian harap dapat dijadikan rujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam merancang dan melaksanakan pelan pembangunan pendidikan yang bercorak keusahawanan.

Item Type:Article
Keywords:Sikap minda kelas pertama; Norma subjektif; Kesedaran kawalan tingkah laku minda kelas pertama; Kesedaran peluang minda kelas pertama; Tekad keusahawanan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10886
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2017 07:56
Last Modified:24 Oct 2017 12:46

Repository Staff Only: item control page