Tingkah laku inovatif dalam kalangan pelajar pascasiswazah: satu kajian rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Atiqah Abdullah, and Norazila Mat, and Roshayati Abdul Hamid, and Noor Hasni Juhdi, (2016) Tingkah laku inovatif dalam kalangan pelajar pascasiswazah: satu kajian rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2). pp. 41-48. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep tingkah laku inovatif dan mengenalpasti dimensi atau faktor yang menyumbang kepada tingkah laku inovatif. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina oleh Dorenbosch, Van Engen dan Verhagen (2005) untuk mengukur konstruk tingkah laku inovatif. Responden adalah terdiri daripada 126 orang pelajar pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai pengalaman kerja. Keputusan analisis faktor mengesahkan dua dimensi yang menerangkan tingkah laku inovatif, iaitu faktor kreativiti dan implementasi idea, dengan nilai Bartlett’s Test of Sphericity = 917.80, signifikan (p<0.05), nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin measure of sampling adequacy) = .922. Kedua-dua dimensi tersebut menyumbang sebanyak 70% kepada jumlah varian kumulatif. Keputusan ujian korelasi menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara kreativiti dan implementasi idea dengan tingkah laku inovatif. Sementara keputusan ujian alfa Cronbach menunjukkan kreativiti (α = .922), implementasi idea (α = .845) dan tingkah laku inovatif (α = .929) mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Akhir sekali implikasi kajian dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku inovatif; Kreativiti; Implementasi idea; Modal insan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10891
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Oct 2017 02:46
Last Modified:31 Oct 2017 00:25

Repository Staff Only: item control page