Amalan komunikasi mentor membangunkan keyakinan diri menti

Azman Ismail, and Nor’ain Abdullah, and Najihah Omar, (2016) Amalan komunikasi mentor membangunkan keyakinan diri menti. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2). pp. 49-57. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
372kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan di antara amalan komunikasi mentor dan pembangunan keyakinan diri menti. Data kajian diperolehi daripada pelajar program sarjana muda yang mengkhusus dalam bidang ekonomi, perakaunan dan pengurusan di sebuah universiti penyelidikan awam di Semenanjung Malaysia, dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis dan keputusan ini menunjukkan bahawa keupayaan mentor mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur dapat membantu meningkatkan keyakinan diri menti. Seterusnya, perbincangan, implikasi dan kesimpulan turut dihuraikan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi bersemuka; Komunikasi terbuka; Keyakinan diri menti; SmartPLS
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Oct 2017 02:53
Last Modified:31 Oct 2017 00:15

Repository Staff Only: item control page