Norazila Mat, and Nurmaizura Marzuki, and Jamsari Alias, and Nur Atiqah Abdullah, (2016) Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2). pp. 59-69. ISSN 0128-2735
|
PDF
310kB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Peningkatan penggunaan komputer dewasa ini di samping kelajuan capaian internet telah membawa satu bentuk penjualan dan pembelian yang baharu, yang disebut E-Dagang. Sehingga hari ini, Malaysia telah mempunyai 25 juta pelanggan internet dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih. Dengan kepesatan yang sedemikian, E-Dagang telah menjadi satu fenomena yang pesat membangun. Banyak kajian dilakukan untuk memahami E-Dagang ini, namun masih sedikit kajian tentang penglibatan pelajar, khususnya mahasiswa di dalam E-Dagang yang dilakukan. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai peniaga dalam penggunaan E-Dagang. Seramai 160 orang responden telah dipilih dari UKM Kampus Bangi. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati secara amnya penggunaan E-Dagang di kalangan pelajar adalah tinggi, namun peratus penglibatan diri di dalam perniagaan atas talian adalah masih kurang. Kertas ini seterusnya melihat faktorfaktor yang pendorong dan penghalang dalam E-Dagang serta akhirnya, mengusulkan cadangan peningkatan E-Dagang dalam kalangan mahasiswa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penglibatan E-Dagang; Mahasiswa universiti; Faktor pendorong dan penghalang; UKM |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 10893 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Oct 2017 03:00 |
Last Modified: | 31 Oct 2017 00:24 |
Repository Staff Only: item control page