Faktor penentu pengurusan kewangan: kes mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Aisyah Abdul-Rahman, and Wajeeha Zulkifly, (2016) Faktor penentu pengurusan kewangan: kes mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2). pp. 85-94. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
344kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Isu mengenai mahasiswa institusi pengajian tinggi pada awal tahun 2016 yang mengadu kebuluran akibat kesempitan wang menjadi topik paling hangat diperkatakan melalui laman sosial media mahupun menerusi media arus perdana. Lebih-lebih lagi masalah ini berlaku kepada penuntut Tahun Satu Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendakwa kesempitan hidup memaksa beliau mengikat perut sehingga ususnya tercedera. Oleh itu, kajian ini melihat faktor penentu kepada amalan pengurusan kewangan yang baik dalam kalangan mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah UKM. Sebanyak 200 soal selidik telah dianalisis. Hasil kajian menunjukkan literasi kewangan memainkan peranan yang signifikan dengan impak yang paling tinggi terhadap amalan pengurusan kewangan yang baik bagi kedua-dua mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah. Manakala aspek sumber pembiayaan dan pengurusan perbelanjaan hanya mempengaruhi amalan pengurusan kewangan mahasiswa pascasiswazah, namun tidak bagi mahasiswa prasiswazah. Memandangkan literasi kewangan merupakan aspek penting yang perlu diterapkan demi pengamalan pengurusan yang mantap, maka kursus yang berkaitan pengurusan kewangan wajar ditawarkan serta diwajibkan kepada setiap pelajar UKM tanpa mengambil kira bidang mahupun peringkat pengajian mereka.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan Kewangan; Pengetahuan kewangan; Pengurusan Perbelanjaan; Sumber Pembiayaan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:10895
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Oct 2017 03:07
Last Modified:31 Oct 2017 00:12

Repository Staff Only: item control page