Shaharir Mohamad Zain, (2016) Keterlestarian kebudayaan. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 61-72. ISSN 2289-1706
|
PDF
272kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/
Abstract
Kebudayaan sesebuah tamadun perlu dilestarikan demi kemandirian tamadun tersebut. Tinggal lagi makna kebudayaan itu yang perlu jelas. Untuk itu makna kebudayaan daripada segi etimologi dan penggunaan di Malayonesia sebelum abad ke-18 M ditelusuri dengan tujuan memformulasikan makna kebudayaan yang lebih bertaraf ketamadunan yang lebih tinggi daripada yang biasa difahami di rantau ini kini. Perbandingan makna budaya dengan culture juga dilakukan sebagai bahan tanda aras penilaian itu. Kesimpulannya unsur kebudayaan yang terpenting dan perlu dilestarikan ialah bahasa dan ilmu, khususnya bagi Malayonesia ialah bahasa Melayu dan ilmu Malayonesia. Sejarah turun-naiknya bahasa dan ilmu di Malayonesia ini ditelusuri dengan tujuan mencari indeks-indeks penting keterlestarian kebudayaan Malayonesia, khususnya kebudayaan Melayu Malaysia. Sejarah keruntuhan bahasa dan ilmu dari tamadun-tamadun besar lain juga dipaparkan dengan tujuan menambahkan lagi senarai indeks keterlestarian sesebuah kebudayaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keterlestarian; Kajian budaya; Kajian tamadun atau peradaban; Ilmu Malayonesia |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 10901 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2017 04:42 |
Last Modified: | 31 Oct 2017 03:24 |
Repository Staff Only: item control page