Implementasi ibadah Islam sebagai terapi salah seksual remaja: kajian terhadap pusat perlindungan wanita terpilih di Selangor

Nurul Husna Mansor, and Khairul Hamimah Mohammad Jodi, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, and Raihanah Abdullah, (2016) Implementasi ibadah Islam sebagai terapi salah seksual remaja: kajian terhadap pusat perlindungan wanita terpilih di Selangor. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 73-84. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
280kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/

Abstract

Ibadah di dalam Islam merupakan salah satu mekanisme yang diakui berpengaruh dalam membentuk perilaku manusia. Sehubungan itu, terdapat banyak kajian menunjukkan masalah salah laku seksual remaja mutakhir ini dikenal pasti berpunca daripada pengabaian aspek ibadah. Bagi tujuan pemulihan dan perlindungan, Taman Seri Puteri Cheras (TSPC) dan Baitul Ehsan (BES) merupakan antara institusi yang diwujudkan secara khusus dalam mengendalikan isu-isu salah laku termasuk salah laku seksual membabitkan remaja. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejauh manakah aspek ibadah diberikan tumpuan dalam proses pemulihan remaja bermasalah salah laku khususnya salah laku seksual di TSPC dan BES. Berdasarkan penelitian ke atas dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, implementasi aspek ibadah Islam di TSPC dan BES terkandung dalam modul khusus yang dirangka bagi tujuan pemulihan salah laku seksual remaja. Kedua-dua modul yang digunakan oleh pusat perlindungan tersebut menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara teori serta amali merangkumi ibadah khusus dan umum dengan menggunakan kaedah tertentu yang akan dibincangkan di dalam artikel ini.

Item Type:Article
Keywords:Ibadah Islam; Terapi; Salah laku seksual; Pusat perlindungan wanita
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10902
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2017 04:46
Last Modified:31 Oct 2017 00:52

Repository Staff Only: item control page