Penawaran Kursus Bahasa Asing di universiti: meninjau pemilihannya dari perspektif nilai ekonomi

Chong, Shin and Ng, Doreen Boon Sim (2016) Penawaran Kursus Bahasa Asing di universiti: meninjau pemilihannya dari perspektif nilai ekonomi. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 85-91. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
774kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/

Abstract

Kursus Bahasa Asing merupakan kursus elektif di universiti tempatan. Terdapat tiga kategori bahasa Asing yang ditawarkan, iaitu bahasa-bahasa Eropah (misalnya bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol dan sebagainya), bahasa di Asia Timur (terutamanya bahasa Mandarin, Korea dan Jepun) dan bahasa di Asia Tenggara (seperti bahasa Thai, Burma, Vietnam, Kemboja dan sebagainya). Di antaranya, kursus bahasa Eropah dan Asia Timur, yang dipersepsikan sebagai bahasa Tinggi (bahasa H) menjadi kursus pilihan utama para pelajar. Bahasa Asia Tenggara sebaliknya diabaikan oleh pelajar (dan juga universiti tempatan) dan dianggap sebagai bahasa Rendah (Bahasa L). Dengan kenyataan bahawa negara-negara ASEAN mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan kehadiran ramai penutur yang berbahasa Asia Tenggara di sekitar kita, makalah ini menegaskan tentang kelebihan menguasai bahasa-bahasa serantau daripada bahasa yang dipersepsikan berprestij seperti bahasa di Eropah atau di Asia Timur.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa asing; Univeristi; Ekonomi; Negara ASEAN
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10903
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2017 04:50
Last Modified:31 Oct 2017 03:20

Repository Staff Only: item control page