Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu Pantai Timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak

Siti Zuhaidah Zakeria, and Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, (2016) Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu Pantai Timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 93-103. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
226kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/

Abstract

Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya. Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan warisan turun temurun. Meskipun begitu, telah banyak nilai kebudayaan yang telah terhakis ekoran dengan pembangunan dan perkembangan teknologi dan pendidikan. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap apabila terus berpegang kepada budaya lama, masyarakat Melayu akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding bangsa lain. Tanggapan ini sedikit sebanyak turut menjejaskan kedudukan kesusasteraan rakyat sebagai produk daripada kebudayaan masyarakatnya hingga ke tahap membimbangkan. Walaupun begitu, budaya tetap tidak boleh dibuang atau dilupakan kerana di dalamnya terkandung sejarah ketamadunan sesebuah bangsa untuk dijadikan panduan sebagai persediaan di masa hadapan. Oleh itu, dua objektif menjadi tunjang kepada penelitian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis kesinambungan unsur budaya yang masih wujud di kalangan masyarakat Melayu melalui cerita rakyat untuk kanak-kanak. Analisis ini merujuk sepenuhnya kepada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh juga Aripin Said dan tumpuan hanya diberikan kepada cerita rakyat masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja. Daripada penelitian yang dibuat, tiga unsur budaya dominan dapat dibahagikan iaitu kepercayaan, perubatan dan seni budaya ekspresif. Unsur-unsur ini masih lagi dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Pantai Timur kerana mempunyai nilai didikan dan nilai seni yang melambangkan diri anggota masyarakat Pantai Timur sendiri. Selain itu, elemen budaya yang terselit dalam cerita rakyat bacaan kanak-kanak ini mampu membuka minda generasi muda terutama golongan kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

Item Type:Article
Keywords:Cerita rakyat; Budaya; Kanak-kanak
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10904
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2017 04:54
Last Modified:31 Oct 2017 00:57

Repository Staff Only: item control page